Sunday, July 17, 2011

saya nak berdrama lah, boleh?

hmm, bkn nak buat cerekarama atau cter hindustan yg tangkap leleh tu,
just nak buat drama cinta malaysia yg top meletop gitu, boleh? hehe.
bkn la. just terpikir utk buka buku baru dan berkenalan semula dgnnya.
cinta mmg indah, tipu la kalau kata selalu jer indah.
ada psg surutnya. Itu lah yg mengindahkan lg cinta.
cinta ta ukur harta, tak pandang rupa, tak juga pilih pangkat. abg misai or Datuk Kay pn boley tp please jgn rampas org punya, oke? kalo nak, tggu dorg divorce dulu. hehe.
kalo boleh, aku nak berkenalan balik dgn dia dan janji cuba faham dia walaupn dia ckp takde siape pn yg boleh phm die. Aku dah susun ayat pn, utk start kenal2 balik ngan die. hehe. Excited nye nk renew love. haha. ade ke istilah renew dlm cinta? hee. okay.jom start b'kenalan.
 "Assalamualaikum abg. (sok2 pnggil abg.. wakaka) hmm. nama saya Nuramira bt Mohd Yaacob, umo 20 tahun, still single n available, dan straight bkn lesbi oke?hehe. dannnnn... awak??"
"Boleh saya jd girlfren merangkap soulmate juga merangkap bkal future wife awak? (amek ko, straight jer soalan, ta kesa da perigi cri timba janji berteman) hee..
"Saya janji cuba utk faham awk, n ade kt sisi awk masa susah jugak senang, awak janji jugak k?" dan di situ terpatri sebuah janji. haha. Macam skema kan2? ceit, geli n malu lah. huhu.

Abg misai, saya syg awk walaupn awk dah bermisai. hehe.

Sunday, June 19, 2011

Wah! Saya dah besar!

Hepi bufday to me.. hepi bufday to mya.. hepi bufday to me..
Wah! Suda besa meyh! umo suda tua, bdn pun manyak besa...
 dan paling penting,,muka pun manyak kiut meyh. hehe
Apa pun, Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..
 Kau masih membenarkan hambamu ini hidup di bumi ini sehingga 
berdirinya aku di kala usia mencecah 20 tahun.
Terima kasih tak terhingga pada kedua ibu bapa yg telah melahirkan, mendidik dan 
mengasuh sehingga aku menjadi seorang insan. 
Walau tak sempurna, tetapi didikan mereka Alhamdulillah... mampu membuat bakal-bakal ibu mertua diluar sana tersenyum melihatku. HAHAHA. puji diri sendiri plak. kih3

20 TAHUN.
tak bermakna kebebasan mutlak itu milikku,
cuma dgn meningkatnya umur, diharapkan pandai2 lah berfikir yg mana baik, yg mana buruk.
Bermulanya fasa baru dalam kehidupan, dimana umur belasan tahun telah ku tinggalkan.
So, perangai ni kena la baiki sikit, jgn la kebudak2kan sgt. kan2? hehe
Pemikiran tak sepatutnya di takuk lama lg. Kena out of the box la..
Akhir sekali, thanks to all that wishes me. 
Moga Allah merahmati kehidupan kita semua hendaknya, Aminn...


Tuesday, June 14, 2011

Tuhan lebih mengetahui segalanya~


Dulu.. pernah ada sengketa antara kita.
Kerananya. Ya, kerananya.
Tak perlu ku ungkap namanya. Kau tahu siapa gerangannya.
Dan tuhan maha mengetahui, lalu membawamu kembali pada dia yang dulu.
Dia yang setia menanti, walau cintamu telah berpaling tadah.
Dia tetap menunggumu, setia tanpa rasa jemu.
Dan pada 10Jun2011, kau dan dia sah disatukan.
Aku gembira dan agak cemburu, kau bertemu kebahagiaanmu.
Dan aku sangat menantikan detik kebahagiaanku.
Suatu hari nanti, detik bahagiaku kan tiba juga.
Moga doamu mengiringiku dan doaku selalu mengiringimu.
Salam sayang, ikhlas dari adik sepupumu, Mira.
Moga kau berbahagia bersamanya hingga hujung nyawa.

 Kepada abg sepupu iparku, sila lah jaga akak ku ini baik2 yer. Syg u all. 
Peace. Love. No war.

Wednesday, May 18, 2011

18th May~

* A month from this date, it's my BIRTHDAY!  arghh. umo makin meningkat, kedut bakal b'tmbh. huhu
* And one more things, kita dah 2years and 2month since our first date
18th MaRCH 2009. Congrats dear! Walaupun mcm2 terjadi antara kita, tp kita still have each other, kan? Thanks Bie, I sentiasa syg U!

Else:
* Today is "The Ladies Day Out".  with seorg kanak2 (adk Iefa), my twinz Amira Natrah, my aunty Suhana Nertism and my adek sesusu Farah Nasuha. 
Tgk muvie KONGSI.. "Lu Langsi, Lu Mati!" haha. So funny lah. Suke kt Shaheizy Sam n also Bront Palare! my herosss... kacak beb! hehe.
Dan sebagai kesimpulannya, "Saya suka jalan2, hangout, tgk movie, bershopping dan akhirnya balik dalam keadaan letih dan kesakitan kaki yg teramat sgt." Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 4, 2011

izinkan ku pergi~

Pernah beberapa kali. hatiku remuk, retak dan  rapuh menjadi seperti cebisan kecil yg di koyak2kan. Tetapi aku masih teguh berdiri, mempertahankan sesuatu yang tak pasti. Cinta sejati? Cinta mati? Macam2 tentang cinta yg ku dengar dan ku lihat. Kadangkala aku gembira, kadangkala aku sedih. Mendengar kisah sedih cinta teman2 membuatkan aku seperti takut utk mendekati cinta. Dan akhirnya, aku sendiri terperangkap dalam alam fantasi cinta yg aku inginkan. Ya, aku cipta alam itu. Ada aku dan kamu. Cuma yg menjadikannya tidak lagi indah adalah dgn adanya dia. Kenapa perlu ada dia? Seharusnya kau pilih. Antara aku dan dia. Atau aku yg perlu memudahkan pilihanmu dgn melangkah pergi jauh2 dari hidupmu? Kau lelaki. Ya! kau punya hak utk memilih. Dan aku juga punya hak yg sama. Setelah 2tahun setengah bersama, aku kenal benar hatimu. Ada secebis kasih syg utkku yg tak kau nyatakan. Cuma kau tunjukkan kasihmu itu dgn menurut segala kehendakku. Terima kasih utk itu. Tak mungkin kau turutkan kemahuan ku jika tiada kasih atau syg buatku. Aku pernah cuba utk pergi darimu, tp mungkin kau tak bisa jauh dariku. Dan aku juga tak bisa jauh darimu. Jadi aku harus bagaimana? Biarkan semuanya dan berpura-pura bahagia? Begitukah?  Hmm,aku perlukan kau tp seandainya aku ini tidak lg diperlukan, kau hanya perlu Izinkan Aku Pergi. 

Tuesday, May 3, 2011

Tak Pasti?

Sesetengah org tak pasti dgn perasaan dia sendiri. Mungkin dia suka, syg atau cinta tp dia sendiri tak pasti dgn hatinya. Jadi bagaimana? Tp dgn semua bukti dan kesahihan yg jelas dan nyata di hadapan mata, dia masih tidak perasan bahawa apa yg dilakukan semuanya adalah kerana kasih sayang yg ikhlas dari lubuk hatinya. Org yg tak punya perasaan terhadap seseorang itu tak mungkin melakukan apa yg seorang kekasih sanggup lakukan. Pengorbanan yg tak pernah akan difahami oleh org lain. Org yg hanya melihat, tak akan pernah faham apa yg kita lalui. Kadangkala, tak perlu ungkapkan sayang andai segala yg terbentang di hadapan mata sudah menunjukkan kasih dan cinta seseorang itu. Cinta itu penuh dengan warna warni perasaan. Terkadang merajuk minta dipujuk, terkadang termarah tanpa sengaja dan juga boleh menyerabutkan fikiran memikirkan tentang org yg disayangi. "Sihatkah dia?.. Marahkah dia padaku?.. Lama tak bls mesej, ada masalahkah dia?" Soalan2 begini sentiasa bermain di benak, kan? Jangan bohong! Aku sangat pasti tentang ini. Dan semestinya aku sangat pasti tentang hati dan perasaanku. 
Ya! Aku pasti! Aku suka, syg dan paling penting Aku Cinta Dia. Dan tak bisa jauh darinya.Seandainya dia jodoh yg baik dan sesuai buatku, moga Allah menyatukan hatinya dgn hatiku. Andainya tidak, jauhkan aku darinya moga tiada hati yg kan terluka di kemudian hari. Biar menangis hari ini dari menyesal di kemudian hari.  Cinta adalah tentang memberi dan menerima. Telah ku berikan hatiku untuk kau jaga, moga kau menghargainya. Love. Peace. No War. 

Saturday, April 30, 2011

gaduh2 sayang~

lama ta update blog. rindunyee. huhu.

oke, mau cerita tentang aku dan dia.
rabu lepas gado besa. n agk kasar la bahasa yg dia gunakan. 
huh, ta suke n agak takot sekali. 
sbb die ta prnah pulak nk mara smpai mcm tu sekali.
begini puncanya . aku txt dia psl mau hangout ahd ni. 
n dia pulak tetapkn nk g kul brape n dia ada hal ptg.
oke, agk tacing d situ ya. sbb aku da appoint awal2 lg nk kua ngan 
die but die bole pulak ada program dgn kwn2nya. tp ptg la.
but, it was just that i wanna spend a day with him, without no one else.
tp it's okay la. kau pn perlu masa dgn kwn2 jugak. tape, aku paham.
then aku pn reply begini " tape, tayah kua ngan i la sng.. tamo kaco ur prog". hmm, mksud t'sirat msj ni, aku mmg bg die lepak ngn kwn2 dia terus n sumpah aku tanak jd penghalang. sbb aku phm, kdg2 kita perlu masa dgn kwn2 jugak. takan la 24,7 dgn gF or bF kot. so, aku mengalah d situ ya. cuma dia yg ta paham. n dia reply msj aku mara2 yg m'buatkan aku sgt terkedu dan agak tacing utk m'reply txtnya itu. n yes, aku ta reply msj die memandangkn ketiadaan kredit. dan mlm tu, dia msj lg mara2 sbb aku ta reply txt dia. berejam dia tgu, katanya.. huhu. aku call, berkali2 n dia ta angkt. ta sempat explain apa2 lg, dia dah mara cmtu. bape puloh msj tanda maaf aku hantar, 1 pn ta d lyn smpai keesokan harinya. n lastly mlm jmaat tu aku ajk dia jmpe n hell yes! lg skali aku wat slh. t'lmbat pickup dia. jnji 9.30, 9.50 baru aku smpai. mmg muka dia ketat gila lah kan. huh, sgt seram ku rasakan. tp nk wat cmner, da lmpu signal wira tu t'cabut, tpakse la en,yaacob repair kejap. hmm. n apa lg, dia mula mara2 psal lmbt tu. n also d ungkit psal smlm. haihh, kecian dashboard tu jd tmpt dia lpas geram. dan kami pun trun dkat area pdg blkg taqwa baru tu utk mnyelesaikn segala kekusutan. erk, kusut la sgt kann.. mcm2 dia m'bebel, n aku hanya tunduk seperti seorg pesalah yg akn d jatuhkan hkuman pancung. huhu. diam is the best way, so that's why i'm silent.aku hanya mendengar, dan agk terharu jugak sbb ada org serabut psal aku.. kesian dia..and lastly, dia diam.. dah habes modal nk m'bebel kot. aku pn mmg diam dr td, ta tahu nk bls apa, sbb apa yg dia ckp semuanya betul. rasa mcm nk nanges, muka dah pns2 pon. then tiba2 dia letak tgn kt ats bahu aku dan ckp "dah la.." erk?? sumpah t'kejut! punya la m'bebel, last2 dia yg ckp dah? aikk..pelik.. huhu. n lg skali dia ckp dah, sbb aku just membatu di situ tanpa apa2 reaksi.. erk, tacing la pulak kalo org pgang2 bahu ni. dah la kena mara.. kan dah terpeluk dia pulak.. n also ternanges serta tersedu sedan cket. psss..terima kasih awak, bg pinjam dada yg sasa tuh kejap. tumpang nanges jap ea. hee. rasa mcm tanak lepas jer, sbb dia wangi lah! sedap bau deodorant. haha. n lastly kita msuk kereta n holding hands while u're driving. walaupn dlm hati ku masih cuak2 bsh, tp hluran tgnmu ku sambut jua. huhu.
AKU CINTA KAU walaupun kau garang. haha.


psss... kdg2 gaduh ni boleh buat kita saling memahami n also saling bertambah menyayangi satu sama lain. thanks u sbb marah kt i. walaupn u ta ckp, tp i tawu u syg i ketat2 kan? haha.
i love u more BIE!